Friday, July 4, 2014

mak bapak.

asas.
bagi aku, mak bapak asas, akar
yang membentuk anak tu

tapi

kalau akar tak kukuh macam mana nak menumbuhkan sebuah pokok yang besar, rendang, berguna kepada orang lain?

okay.

ada cerita pasai mak bapak. bapak je lah.

seorang bapak mempunyai dua orang anak lelaki A dan B.
bapak ni mati akibat ketagihan dadah yg melampau.

anak A mengikuti jejak bapaknya sebagai penagih dadah dan manakala anak B menjadi seorang berjaya.

ditanyakan kepada anak A, kenapa dia menjadi seperti bapaknya.

dijawabnya kerana bapaknya seorang penagih dadah.

ditanyakan kepada anak B, kenapa dia menjadi seorang berjaya.

dijawabnya kerana bapaknya seorang penagih dadah.

jawapan sama bukan?

disebabkan bapaknya seorang penagih dadahlah, dia gigih merubah dirinya dari menjadi seperti bapaknya.
bagi anak B, bapaknya adalah pengajaran kepada dia.
sekiranya dia menjadi seorang penagih dadah, dia akan mati seperti bapaknya.

berbanding anak A, seorang "follow the flow"

life ni tak semestinya just follow the flow konon takdir telah menetapkan sahaja.

kita

diri sendiri

ubah dan corak hidup kita

bukankah Allah telah mengatakan bahawa hanya diri sendiri boleh mengubah diri

bagi aku, famili yang bermasalah tak semestinya kita sebagai anak turut bermasalah.

ubah, ubahlah!

kalau mak bapak dah buat silap dan kita nampak apa impak kekhilafan dorang takkan kita nak ikut?

belajar dari pengalaman sayang, ubah.

kadang mak bapak boleh jadi contoh, kadang tak.

ambik baik, buang yg buruk.

dah besar, pandai-pandailah pilih apa yang buruk dan baik bukan?

No comments:

Post a Comment