Saturday, June 28, 2014

malam pertama

terawih

yg pertama di kejiranan yg berbeza sejak tiga tahun ni

kali ni tahun ni surau betul-betul bersebelahan rumah berbanding sebelum ni

sejurus azan isya' terus pi surau

macam biasa saff belakang sengangkatan dengan adik-adik kecik

nak selit saff hadapan dah penuh

maklumlah first night katakan, penuh kuota surau, tunggu last-last ramadhon, lengang, first saff pun takcukup.

bila nk start solat isya berjemaah, adik dua orang sebelah aku ni konpius nak solat ape. maybe first time solat kot, maybe dia ingat orang reramai solat sunat qabliyah tu solat isya'

then dia tanya aku,

"ni solat ape?

solat isya', tadi tu solat sunat"

aku teringat jaman sengangkatan bebudak kecik ni, aku pun taktau nak solat ape memule, nak tanya malu haih

seronok tgk bebudak ni tekun solat sampai habis solat sunat witir.

kalau aku dulu, baru sampai 4 rakaat dah cabut. haih

rindu memori solat terawih kekecik dulu.

No comments:

Post a Comment