Wednesday, April 25, 2018

Muka-muka Kaknis

Post ni lama dah kat draft tp tak publish sebab cari masa untuk touch up sikit. 
Okay Kaknis nak cerita sikit jenis kulit Kaknis. Kulit Kaknis jenis berminyak, 1 muka berminyak. Macam Kaknis cerita post sebelum2 ni, muka Kaknis start berminyak dari umur 12 tahun lg. 

Gambar yg Kaknis share keadaan kulit muka Kaknis dari tahun 2015 hingga sekarang. Kenapa start tahun 2015? Sebab tahun 2015 lah bermulanya breakout secara agresif masa tu dan usaha2 Kaknis mengurangkan breakout makan masa 3 tahun sebab Kaknis takde banyak kos untuk repair kulit muka Kaknis ni. Hehehehe budget 1 produk yg Kaknis guna sepanjang 3 tahun ni dari RM15-RM150. 

Tahun 2015

Keadaan kulit masa ni, berminyak, kusam, blackhead, whitehead & jerawat, boleh dikategorikan resdung. Kaknis start pakai pencuci muka dari umur 15 tahun lagi walaupun jerawat start tumbuh umur 12 tahun. Kaknis pernah cuba pencuci muka dari durgstore atau kedai runcit; Olay, Safi, Nuteen, Fair n Lovely, produk Dherbs dan produk Krim kilo pun pernah dan juga banyak lagi sebelum tahun 2015. Tapi masa ni Kaknis setia 1 produk untuk menantikan hasil yg terbaik kononnya. 

Dalam tempoh tahun 2015 Kaknis pakai skincare pencuci muka Face Shop utk acne dan juga full set of Oxy for acne. Oxy, Kaknis pakai full set; Cleansing, Toner, Moisturizer & Oxy 10. Tapi solution masih tak mampu membasmi jerawat batu bata di muka.

Manakala foundation, Kaknis pakai Pixy 2 way foundation, kadang Silky Girl 2 way foundation dan pakai Maybeline BB Stick. 

Tahun 2016

Bulan Januari 2016 Kaknis masih setia guna 1 set Oxy. Selepas tu Kaknis nak tukar sebab jerawat masih naik walaupun pakai full set Oxy tu. Kaknis tanya cadangan dari kawan kerja partime masa tu. Dia cadangkan Kaknis pakai Nourain. Bulan Februari, Kaknis terus beli 1 set Nourain ; Sabun pencuci muka, Krim Malam & Krim siang.

Lama jugak Kaknis pakai Nourain. Mula2 pakai, okey. Tapi Kaknis tak sesuai pakai krim siangnya sebab dia oily dan muka Kaknis rasa melekit bila pakai.


 Tahun 2017

Masa ni muka slowly recover. Masa ni Kaknis pakai Nourain masuk tahun kedua. Kaknis try pakai toner & serum dia. Muka jadi lagi glowing dan putih. Masa ni kawan kerja pun dok tanya, pakai apa kat muka jadi putih. Bila cakap Nourain semua cakap kulit muka diaorang tak sesuai dgn Nourain.

Lebih kurang pertengahan tahun 2017, Kaknis terbaca di page KKM, krim malam Nourain mengandungi Merkury. Kaknis pun google search pasai kesan sampingan merkuri dan kimia lain yang merbahaya terhadap pemakainya. Kaknis nak stop tapi masa tu baru je repeat beli packaging baru. Hahahaha

Kaknis keluar rumah masa ni dah tak pakai langsung foundation macam sebelum2 ni. Ye la kulit muka dah putih, jerawat dah kurang, confident la keluar tanpa foudation tebal lagi. Kaknis cuma pakai Krim Pencerah Fair N Lovely tanpa SPF dan bedak Johnson n Johnson je. Kaknis pernah try Krim pencerah Garnier Pink tapi muka naik jerawat.

 
Tahun 2018

Yang terkini kiranya lah. Kulit masih berminyak, tapi jerawat kurang tumbuh dah. Kemungkinan sebab usia makin tua ataupun sebab Kaknis rajin amalkan minum air sejak tahun 2016. Tahun ni Kaknis tukar sabun pencuci muka dan try & error 2 3 produk. Sebelum Kaknis nak tukar produk, Kaknis suka goggle search pro & cons tukar2 skincare atau google search produk yang terbaik untuk kulit berminyak. Kaknis tinggalkan Nourain pun perlahan-lahan tinggalkan Krim Malam, 2 minggu. Lepas tu tinggalkan serum dia. Last sekali baru tinggalkan sabun pencuci dia. Alhamdulillah muka tak breakout.

Kaknis tanyalah kawan kerja Kaknis, Fira. Dia suggestkan pakai JF Sulphur 10% yg boleh dibeli di farmasi sahaja. Dia suggest sebab dia pergi jumpa doktor pakar kulit dan doktor tu suggestkan pakai sabun tu. Kaknis google jugak pasai sabun tu. Banyak review datangnya dari negara seberang sebab sabun tu manufactured dari seberang Indonesia. Fira bukan suggest je tapi dia bagi free sebuku kecil sabun JF Sulphur tu.

Kaknis tak sabar, balik terus cuba. Mula2 pakai terasa bangun pagi, muka kurang minyak! Pakai berhari2 tak naik jerawat, lagilah Kaknis suka!

Untuk sabun pencuci muka memang Kaknis setia dengan JF Sulphur. Kaknis tak pakai dah toner, moisturizer, malas. Hehehe. 

Tapi, Kaknis gantikan moisturizer dengan krim pencerah dari drugstore. Dulu Kaknis pakai Fair n Lovely kan? Kaknis tukar jugak. Sebabnya Fair n Lovely ada paraben yg penyebab sel kanser. So, Kaknis stop.

Kaknis cuba pakai krim pencerah Wardah kat Watson, tapi tak sesuai jugak sama macam Gariner Pink tu, sudahnya jadi lotion tangan Kaknis.

Lepas tu, Kaknis try pakai foundation Dyxy beli online. Kaknis beli Set Lady. Kaknis pakai sekejap je, sebulan je. Kaknis pakai okey, jerawat baru nak tumbuh, terus kecut. Boleh dikatakan jerawat susah nak tumbuh. Tapi selepas sebulan pakai, muka Kaknis jadi lebam & kusam dari kulit asal. Kaknis bagi kat mak, mak cakap dia pakai pun sama kusam. Hahahaha mungkin tak sesuai kot dengan muka kami.

Untuk toner, Kaknis cuba Aqua Lumious pore eraser kt Mydin Meru. Produk ni produk bumiputera. Dia dijual online dan di kiosk lokasi terpilih di Malaysia. Kaknis dah usha produk ni lama dah, rasa nak try sgt2. Dia macam function make up remover & toner. Sebelum beli, Kaknis pergi kiosk dia buat skin checkup & consultation. Sales person namanya Mimi, dia suggest Kaknis pakai 5x sehari sebab muka Kaknis berminyak dan banyak kotoran. Kaknis sental muka pakai Aqua Lumious sebelum basuh muka & sebelum solat 5 waktu. Hasilnya muka terasa sejuk selepas apply, kulit jadi bersih.

Disebabkan Kaknis takde moisturizer, dan muka Kaknis dah semakin lebam dan kusam sebab cuba pakai Dyxy, Kaknis mencari produk lain untuk muka Kaknis.

Kaknis try beli produk Sendayu Tinggi. Kaknis beli Acne cream, Acne balm & Pearl cream. Kaknis pakai 2 minggu, Pearl cream ST best tapi dia cream & agak berminyak kat muka Kaknis (dah namapun Cream). Muka Kaknis memang berminyak, pakai lagilah berminyak. Muka memang cerah sikit tapi bile pakai 1 hari, muka jadi tak bermaya sebab too oily. Salesgirl dah suggest ambil UV Matte Sunscreen ST, tapi Kaknis degil nakkan Pearl Cream ST sebab ada function pencerah tu.

Disebabkan tak tahan muka oily hari2, Kaknis pun beli la UV Matte Sunscreen ST. Cream tu sangat BEST! Highly recommended untuk muka oily. Muka lama2 tak lebam dah, putih tanpa pakai bedak mahupun foundation. Bukan lebam & kusam serta sunburn hilang seminggu lps apply! 

Untuk Acne cream & Acne balm ST perlulah dipakai bersama. Kalah tak, tak berkesan bagi Kaknis la. Mula2 Kaknis pakai Acne Balm ST je, calit di jerawat sahaja. Naik jerawat kecil2, non-stop. Lepas tu Kaknis cari cara penggunaan betul 2 produk ni, rupanya pakai Acne cream dulu baru pakai Acne Balm. Hahahaha. Lepas Kaknis betulkan cara guna, muka Kaknis kurang jerawat dah!

Produk ST boleh didapati di Watson terpilih dan online sahaja. So basically produk2 ni selamat.

Sekarang Alhamdulillah masih setia pakai JF Sulphur 10%, Aqua Lumious, UV Matte Suncreen ST, Acne Cream ST & Acne Balm ST. 

Hasil mungkin berbeza mengikut individu, Kaknis cuma share pengalaman menggunakan skincare tersebut bukan memberi galakan kepada sesiapa. Kita perlu try & error, kalau tak sesuai, berhenti guna serta merta.

Kaknis buat review ni tidak dibayar apa2, semua atas kos Kaknis sendiri tanpa menyebalahi mana2 produk. Next post InshaaAllah Kaknis post gambar produk serta harga ye!

4 comments:

  1. Saya nak tanya masa kaknis guna krim pencerah fair n lovely ada iritasi apa apa tak

    ReplyDelete
  2. Takde iritasi cme bmyk sikit la

    ReplyDelete
  3. kalau pakai acne cream sahaja x boleh ya ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk acbe cream dh try. Mostbof it buatkan mngelupas. End up gne acne patch bru ssuai.

      Delete