Saturday, May 1, 2021

Eh 2021 dah?

 Assalammualaikum..

Last post 2018, dh almost 3 tahun tggl blog ni. Kaknis dh kahwin & beranak 2 bru free nak post baru hehe. Itupun tgh confinement leave ada masa nk tulis post baharu.

Tahun 2018

Kaknis berkahwin pd prtghn tahun 2018 dgn kawan yg knl mlalui laman sosial sejak tahun 2013. Lps mcm² kenal org, last² kahwin dgn org yg Kaknis dok tak suka tu huhu. Tp Alhamdulillah biar lambat kahwin, asalkn dpt life partner yg betul. Dialah kawan lawan Kaknis & bapa kpd anak² Kaknis. Dapat rezeki, family in law baik² & suami yg terbaik buatkan Kaknis bersyukur sgt³.

Tahun 2018 agak struggle utk Kaknis sbb drpd asal utara Malaysia, lps kahwin pindah ikut suami ke selatan Malaysia. Kene mula hidup baharu, cari kerja & stabilkan kewangan balik. Penghujung tahun 2018, Kaknis masih tak dapat kerja tetap tp dikurniakan rezeki zuriat slps 3 bln brkahwin. Kaknis beritahu bos yg Kaknis pregnant, tau bos ckp ape?


"By right I can fire you."


Terkedu Kaknis masa tu. Slps tu bos suruh outstation ke negeri sebelah. Kaknis fikirkan nak kukuhkan kewangan dgn kedatangan zuriat baharu ni, gigih pergilah outstation. Balik dr outstation, Kaknis ada check up dating scan. Exicited la masa tu.

Dipendekkan cerita, masa dating scan takde heart beat & kena refer ke hospital. Kaknis beritahu bos, dia macam bg semangat kat Kaknis utk stay positive.

Masuk 13 mggu, Kaknis decide nk cuci je dari mnunggu sbb takde heart beat atau tanda² nk gugur pun. 

Tahun 2019

New year, sambut di hospital. Selepas discharge dapat rezeki interview. Pergi la dalam keadaan pantang gugur tu. Kaknis decide nk resign dari tempat kerja sblm ni sbb Kaknis tak suka environment nya.

Slps gugur, Kaknis pergi bercuti dgn family ke utara Malaysia. Balik dari bercuti dapat lg rezeki interview, tup² bln kedua tahun 2019 dapat kerja. Kaknis kerja 3 bln, dpt rezeki zuriat lg..tp kali ni mual² teruk gila smpai warded 2 mggu di hospital smpai prtghn tahun 2019.

Walupun Kaknis byk ambil MC, bos confirmkan Kaknis, Alhamdulillah rezeki baby. Pghujung tahun 2019 lahirlah putera sulung Kaknis. Sangat mudah melahirkan putera sulung Kaknis ni. Sakit contraction, pergi hospital terus beranak, esoknya tghri dah discharge. Jaundice pun 14 hari je. Tp Kaknis kena 4 jahitan 1st degree. 

Yang sakitnya, Kaknis terpaksa jahit 2x sebab jahitan terbuka. Dari seminggu boleh sembuh, jd 2 minggu baru sembuh.

Tahun 2020

Masa nak kembali masuk kerja, suami Kaknis terpaksa outstation, so Kaknis kena survive hantar baby ke rumah pengasuh & handle semua sorang². Paling tragis baby terperangkap dalam kereta masa Kaknis nk ambil dia dari carseat. Hmm sekali kes baby terperangkap ni, masuk paper Harian Metro, Berita harian, Astro Awani. Haha

Tiba² bulan ketiga, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan disebabkan pandemik Covid 19. Merasalah Kaknis duduk rumah 2 minggu. 

Boleh dikatakan tahun 2020 terasa singkat disebabkan pandemik ni. Tak ke mana, duduk rumah je. Pertengahan tahun 2020, putera sulung Kaknis demam virus viral, kena warded seminggu.

Lepas tu Kaknis dpt interview lg. Kaknis diterima untuk kerja kat tempat baharu, tp Kaknis tolak mentah² sebab kawan tempat kerja pujuk jangan berhenti lagi. Dua tiga hari kemudian, Kaknis disahkan pregnant lagi. Ikutkan tak ready sbb putera sulung belum cukup setahun lagi. Tapi itulah rezeki kan.

Kan pandemik buatkan kita semua seluruh dunia, terhad pergerakan jd raya haji bru dapat pulang ke rumah parent kat utara malaysia.

Tahun 2021

New year Kaknis balik lg rumah parent in law & parent sendiri, tup² Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dilaksanakan pulak. Jd busy kerja & duduk rumah la lg.

Sepatutnya due date utk pregnancy kedua ni 3 hri nk raya prtghn tahun 2021. Tp Kaknis kena warded awal bln keempat sebab baby IUGR. Doc plan nk induce tp Kaknis leaking awal, so kena tolak ke LR slps 7 jam leaking. 11jam jugak dalam LR, lahirlah puteri kami. Walaupun lama dalam LR, dapat rezeki bersalin tanpa koyak & jahit.


Semoga tahun 2021 ni, Kaknis dapat rezeki kerja tetap. Alhamdulillah sepasang dah anak Kaknis. Nk stop dulu pregnant, nk fokus pada pencarian kerjaya pulak. Okay la sampai di sini penulisan Kaknis yaa.

No comments:

Post a Comment