Tuesday, May 29, 2018

Jangan biarkan dirimu diselubungi tekanan...

Post kali ni agak klishe bagi Kaknis. Kaknis manusia lemah takkan terlepas dari tekanan perasaan. Kaknis bukanlah gadis lemah lembut, sopan santun. Hahahaha

Kaknis agak down kali ni, disebabkan pinangan ditolak. Kaknis pergi jauh2 nun ke Selatan tanah air untuk meminang kerja untuk mengelakkan dari bakal suami Kaknis dikenakan caruman 2% dari KWSP beliau.

Hari kedua Kaknis pegi ceruk kampung untuk interview, tetapi bagi Kaknis kerja tersebut tidak sesuai untuk Kaknis belajar lebih kerana tiada Latihan Pembangunan disediakan. Boleh dikatakan syarikat itu dijalankan secara kecil-kecilan.

Hari ketiga Kaknis pergi tempat rawatan Kluang Man untuk interview. Pada awalnya Kaknis diberi ujian IQ & matematik Algebra. Setelah 1 jam Kaknis ditemuduga 2 orang. Kecewanya, Kaknis direject oleh mereka (walaupun mereka beri harapan akan hubungi Kaknis jika mereka mahu mengambil kerja).

Apa yg Kaknis nak kongsi, Kaknis diselubungi rasa down seperti; Kaknis rasa Kaknis loser, bodoh, tak layak untuk mana2 kerja. Tetapi selepas Kaknis tidur bangun pagi tadi, Kaknis redho dan move on dengan kes semalam. HAHAHAHA

Tak mengapalah belum ada rezeki kan. Mungkin ini melalui penolakan menjadikan Kaknis lebih berusaha menjadi lebih baik dari semalam.

No comments:

Post a Comment